Pakaian Melayu Tradisional Pakaian tradisional menjadi pengenal bangsa orang yang memakainya. Sejak kurun kelima belas, pelbagai jenis kain didapati di Tanah Melayu melalui kegiatan perdagangan. Ini termasuklah kain kapas dan sutera dari negeri China, kain pelikat dari India, batik dari Jawa, kain Bugis dari Sulawesi, kain Limar dari Kemboja, Samarinda, Sumatera dan Acheh, dan songket dari Terengganu. Orang Melayu Pulau Pinang menggunakan kain yang berbeza jenis untuk pakaian yang berlainan. Antara pakaian tersebut ialah baju kebaya labuh, baju pendek, baju Bandung, baju Kedah dan baju kurung. Lelaki Melayu lazimnya memakai baju Melayu cekak musang, baju Melayu dan "kot asam pedas" yang ditiru daripada kampung Jawi. Pakaian yang bersulam kelengkang biasanya dipakai untuk peristiwa tertentu atau majlis rasmi. Kain yang bermutu tinggi dikhaskan juga untuk majlis-majlis sedemikian. Pakaian sering juga dijadikan hadiah, terutamanya semasa majlis perkahwinan. Sulam kelingkam dapat dilihat pada kain selendang, baju kebaya pendek dan baju kebaya labuh. Kain yang bersulam tangan sering dibuat oleh wanita Melayu, terutamanya yang tinggal di Seberang Perai. Sebilangan besar daripada mereka duduk di rumah untuk meningkatkan kemahiran mereka. |